Inflasi teras naik — tanda tekanan harga makin “melekat”

Apa Yang Berlaku
Data terbaru menunjukkan inflasi teras naik ke paras tertinggi dalam lebih dua tahun. Maksudnya apa? Harga untuk perkhidmatan macam sewa dan healthcare dah naik dengan agak tinggi. Nota: inflasi teras - kadar inflasi tanpa harga makanan dan tenaga. Sebabnya harga makanan dan tenaga senang berubah. inflasi utama - kadar inflasi keseluruhan ekonomi
Kenapa Ia Penting
Bila inflasi teras naik, biasanya ini tanda kenaikan harga bukan sementara. Ia lebih susah nak turun.
Apa Seterusnya
Jika tekanan ini berterusan, kos hidup boleh terasa sedikit tinggi walaupun inflasi keseluruhan nampak terkawal.
Apa Yang Boleh Anda Buat
Bezakan perbelanjaan yang fleksibel dengan yang sukar dielakkan. Inflasi teras biasanya pada kategori kedua. Jadi kawal perbelanjaan fleksibel awak.
Topik Sembang
Korang ada rasa tak kenaikan harga, contoh macam sewa rumah?